Who Will be the Raja Viral by AEON Retail Malaysia x TikTok

Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral.

Datuk Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral
yang akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia bermula 2 Disember ini.
Raja Viral akan menyaksikan seramai 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu untuk berebut hadiah wang tunai RM80,000. Menariknya, sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif
sehingga tular.

Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi.
Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik. Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel
yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta.
Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan
generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan
informasi. Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital
yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai.”

12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah:

1. Daing Iskandar Mohd Tahir - https://www.tiktok.com/@daing.ellando
2. Ahmad Safwan Abdul Malek - https://www.tiktok.com/@apanmalek
3. Mohd Daud Suhaimi - https://www.tiktok.com/@daudreny46
4. Nur Fatihah Kamal - https://www.tiktok.com/@tiyakamal2
5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong - https://www.tiktok.com/@tokmiewong
6. Rusydi Sayuti Rosli - https://www.tiktok.com/@rusydi.official
7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin - https://www.tiktok.com/@kuzamieza
8. Izzat Haikal Abdul Hakim - https://www.tiktok.com/@_ijathaikal
9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli - https://www.tiktok.com/@fazza.ellando
10. Nur Salynata Salim - https://www.tiktok.com/@salynata
11. Muniswaran Harirama - https://www.tiktok.com/@muniswaranharirama
12. Muhammad Khuzaimie Lemat - https://www.tiktok.com/@abang_panda4.0

Nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail
Malaysia mulai 2 Disember ini. Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan
disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan
sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
AEON Retail Malaysia 
Facebook Instagram Twitter LinkedIn Web

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...